Khamis, 7 Mac 2013

tumpang tanya~ (diam bukan sombong semata-mata)

assalammualaikum w.b.t~


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian,
maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan
kalau tidak, hendaklah diam.”
 
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)          


malu bertanya, sesat jalan..
namun, seandainya soalan yg ditanya agak mengarut atau menggedik mcm kat kartun bwah ni.. adalah tidak salah jika kita tidak menjawab persoalan tersebut..
langkah paling bijak, angkat kaki terus...

citer banyak x mo,
jom layan komik sekerat ni.. tajuk "tumpang tanya"..




Rasulullah SAW memberi banyak ingatan mengenai perkara itu dan antaranya,
sabda Baginda bermaksud:

“Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam
neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya.”


(Hadis riwayat at-Tirmizi)
                         
                                                   

Rasulullah juga bersabda bermaksud:


“bukanlah dia seorang mukmin (jika)
dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji.”
 
(Hadis riwayat at-Tirmizi)
                                    
                                        
Pesan Rasulullah bermaksud:
 
“sesiapa yang banyak bercakap banyaklah
kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa
yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.”
          
(Diriwayatkan oleh Baihaqi)




di sini, terbuktilah bahawa.. diam itu bukanlah bermaksud sombong atau poyo..
kadang2 berdiam diri dalam satu2 situasi mungkin mampu
menyelamatkan kita dr azab api neraka~
 
 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
~Namun Jika Nafas Telah Sesak Di Kerongkong..
Disertai Dengan Bunyi Sakaratulmaut Di Dada..
Pada Ketika Itu, Kamu Pasti Meyakini Dengan Sebenarnya..
BAHAWA SELAMA INI KAMU HIDUP DALAM KEADAAN TERPEDAYA~

~wassalam~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan