Rabu, 27 Mac 2013

ibu.. kau disayangi kerna menyayangi~

assalammualaikum w.b.t.,
salam sejahtera dan salam semalaysia~


entry kali ini, aku tujukan khas buat wanita2 d luar sana yg bergelar
"ibu, mak, ummi, mummy, mama, dan lain2 gelaran yg seangkatan dengannya"..
 
aku? anas amni panggil aku ummi.. dan aku BAHAGIA dgn gelaran itu.. tq, Allah..


~IBU.. KAU DISAYANGI KERNA MENYAYANGI~


ini mak aku.. NORAZILINA MAHMUD.. cun kan.. mcm aku..
(hohohoho~ muntah2, sila muntah.. aku x kisah)

ini mak suamiku a.k.a mak mertuaku..
SYURGA suamiku bawah telapak kaki mak beliau..
SYURGA aku plak bawah telapak kaki suamiku..
 
 
 
"IBUMU MASIH HIDUP?"
 
pernah seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata:
"aku datang membai'atmu untuk hijrah dan
meninggalkan kedua orang tuaku menangisi (kepergianku)."
 
 
maka apa Rasulullah jawab?
sabda Nabi s.a.w,
"pulanglah dan buatlah mereka tertawa
sebagaimana kamu telah membuat mereka menangis."
(HR Abu Dawuud )
 
 

dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari,
disebutkan bahawa ketika sahabat Abdullah bin Umar Radiyallahu 'anhuma melihat seseorang menggendong ibunya tawaf di Ka'bah dan ke mana-mana sahaja si ibu itu menginginkan, orang tersebut bertanya kepadanya,
"wahai Abdullah bin Umar, dengan perbuatanku ini apakah aku sudah membalas jasa ibuku?"
 
Jawab Abdullah bin Umar,
"belum, setitis pun engkau belum dapat membalas kebaikan kedua orang tuamu."

 
"NAMUN, JIKA IBUMU SUDAH TIADA?"
 
jadilah anak yang soleh dan solehah.
kerana doa dan amal perbuatan anak-anak yang sebeginilah menyamankan ibu di sana. mungkin kita selalu buat ibu bersedih di dunia dan tak sempat balas jasa...
 
perbuatan yg soleh, doa yg sentiasa, Al-Quran yang bersama-sama..
itulah yang menjadi bekal berterusan kepada ibumu
sebagai cara membalas jasa ibu.
 
**************************************************************************************************
 
~NORAZILINA MAHMUD..
I'M U'R BIG GIRL FOREVER~ 

 
JASA IBU SEPANJANG MASA..
JASA KITA?
HANYA SETINGGI GALAH SAHAJA~
 
 
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
~Namun Jika Nafas Telah Sesak Di Kerongkong..
Disertai Dengan Bunyi Sakaratulmaut Di Dada..
Pada Ketika Itu, Kamu Pasti Meyakini Dengan Sebenarnya..
BAHAWA SELAMA INI KAMU HIDUP DALAM KEADAAN TERPEDAYA~

 
~wassalam~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan