Jumaat, 1 Mac 2013

Putera Agama.. INI BUKAN PUTERA BIASA~

assalammualaikum w.b.t~


berkesempatan pada hari jumaat yg mulia ini..
buat anak ku anas malik mohamad zaid...
ada satu permintaan ummi kepada mu..
moga2 dirimu menjadi anak lelaki seperti yg kami mahu..

jadilah putera agama, anakku...
jadilah putera agama, anakku..
jadilah putera agama, anakku..
hanya itu permintaan ummi buatmu.....

anas malik bin mohamad zaid <13 januari 2011>


Putera agama itu...

.. tatkala manusia membelakangkan agama, anas malik ke depan memperjuangkan bendera agama. Ketika lelaki-lelaki lain sibuk mengayat awek-awek cun, anas malik sibuk mengayat Allah dengan zikrullah dan solat malamnya. Sedang lelaki lain berusaha memanah hati-hati wanita lemah, anas malik lagi hebat berusaha dengan "panahan malam" yakni doa yang tidak tertolak di tahajjud sepertiga malam.
Sedang lelaki-lelaki lain sibuk memikirkan masa depan dan kerjaya, anas malik tidak pula mengenepikan masa depannya tetapi memikirkan sekali masa depan umat Islam dan memberikan idea serta alternatif dalam membangunkannya.
 


..tatkala lelaki lain mencuci mata melihat aurat wanita yang terdedah, putera agama
(anas malik) itu berusaha menutup dan menjaga maruah para muslimah
.
Sementelah ketika lelaki lain sibuk merosakkan masa depan wanita, anas malik tampil melindungi dan membela.
Di saat lelaki lain berusaha untuk terus hidup di atas dunia, putera agama (anas malik) sibuk dengan persiapan menghadapi mati. Ketika lelaki lain kurang menyenangi dakwah, anas malik giat membangkit usrah, menyampai tarbiyyah. Katanya "daulah" semuanya bermula dari bawah. Di waktu lelaki lain hanya melihat kezaliman demi kezaliman pada orang Islam, putera agama (anas malik) makin kuat semangat ingin berjihadnya.

..tatkala lelaki lain sibuk update status fb dan twitter, putera agama (anas malik) sibuk update dan upgrade imannya, al-Qurannya, akhlak dan ilmunya. Ketika lelaki lain sedang memikirkan sesuatu untuk jangka masa pendek, anas malik sudah memikirkan sesuatu yang lebih baik untuk jangka masa panjang.
Di saat lelaki lain bergelumang dengan maksiat perhubungan dengan wanita, putera agama (anas malik) giat mencari duit halal untuk menyegerakan akad nikah. Di waktu lelaki lain tersungkur putus asa-kecewa-gagal dalam kehidupan, putera agama (anas malik) tegar dengan al-Quran dan semangat Rabbani.

..tatkala lelaki lain mengenepikan Allah, putera agama (anas malik) makin mendalam cintanya pada Allah dan RasulNya.


Putera agama (anakku "anas malik mohamad zaid"), dirimu satu dalam sejuta.
Engkau berani untuk hidup, juga sedia untuk mati.


"Ya Allah, Kau jadikanlah anak ku ini, salah seorang dr putera agama-Mu.."
(perkenankanlah doa kami ya Allah)


~wassalam~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan