Rabu, 6 Mac 2013

tidak LIKE BLOG mea al-zaid pun tidak apa~

assalammualaikum w.b.t~


بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Maksudnya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."


hadis di atas merupakan ingatan daripada Baginda s.a.w. kepada umatnya supaya menyampaikan apa sahaja daripada Baginda s.a.w. yang diketahui kepada masyarakat.

mereka yang diberi kelebihan oleh Penciptanya dengan sedikit ilmu pengetahuan yang bermanfaat, diminta berkongsi kemanisan itu dengan saudaranya yang lain.

walaupun hanya sepatah perkataan, namun sekiranya dilihat mampu memberi kebahagian kepada seseorang, sebarkanlah.

betapa indahnya persaudaraan dalam Islam, perasaan individualistik dan egois dikikis daripada hati umatnya bagi menjamin kebaikan dan kesejahteraan seluruh umat manusia.


 
 
aku tidak punya ilmu agama setinggi ilmunya ulama'..
aku cuma perempuan biasa yang sedang tercari2 arah utk berubah..
aku tidak punya wang yg banyak utk membeli nama, memperoleh harta dunia..
tapi aku tahu cara bagaimana untuk
memperoleh berbilion harta yg bernama PAHALA~
semoga dgn cara aku yg kerdil ini, cara aku yg hina ini dipandang Allah s.w.t..
ya Allah.. ampuni aku.. ampuni aku.. ampuni aku..
ya Allah.. terimalah cara aku ini, walaupun sekecil zarah~
(mea al-zaid)






selepas muhasabah utk diri aku sdri...
aku mula memahami apa sebenarnya yg aku cari..
 
kawan2, tidak LIKE page BLOG mea al-zaid pun x mengapa,
kerna segalanya yg aku lakukan adalah kerana Allah semata-mata..
 
moga2 dengan adanya SHARE dr pihak anda,
kita semua mendapat pandangan rahmat dari Allah s.w.t..
inshaaAllah~




bukan harta, bukan pangkat, bukan nama yg aku cari..
tapi PANDANGAN penuh RAHMAT dr ALLAH s.w.t. yg aku mahu selama ini~
 
terima kasih ya Allah, atas keizinan ini..
kerna tanpa keizinan dr-Mu.. tidak mungkin aku dapat membuat semua ini~
 
(moga2 diberikan keizinan utk aku terus beristiqamah melalui penulisan d blog mea al-zaid ini)
 
 
 
tq Allah,
~I LOVE U WITH ALL MY HEART N SOUL~
 
 
 
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
~Namun Jika Nafas Telah Sesak Di Kerongkong..
Disertai Dengan Bunyi Sakaratulmaut Di Dada..
Pada Ketika Itu, Kamu Pasti Meyakini Dengan Sebenarnya..
BAHAWA SELAMA INI KAMU HIDUP DALAM KEADAAN TERPEDAYA~

~wassalam~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan