Ahad, 3 Mac 2013

~Mari B'inovasi d HARI INOVASI MDB~

 assalammualaikum w.b.t., salam sejahtera dan salam semalaysia~

sabda Rasulullah s.a.w.:
"sesungguhnya Allah Ta'ala mengasihi hamba-Nya yang Mukmin
yang berusaha(berkemahiran)."

 
INOVASI adalah gagasan baru untuk menembusi kebuntuan dan kebekuan..
(setuju, kebekuan otak ku semakin mencair sejak berinovasi)..

ketika cara2 biasa tidak memberi hasil sesuai dengan harapan, DIPERLUKAN IDEA BARU sebagai PENYEGAR suasana.. dengan seriusnya aku berani cakap yg inovasi ni mmg boleh mengubah langkah, mencari jalan baru, penglibatan banyak unsur2 positif dan sememangnya satu pencarian terhadap pendekatan yg belum dipraktikan mana2 org.. (pergghhh..., gempak lebih..!)

okeh, baru2 ni aku dikusutkan dengan adanya pameran inovasi.. ya.. pameran inovasi di hari inovasi... secara jujur, aku mengaku yg akulah fasilitator yg mmg x boleh bawak bertenang apabila hadirnya hari inovasi.. sebabnya? sebabnya kalo setiap kali ada je bab2 berkaitan inovasi la, k.i.k la.. akulah org yg akan jatuh sakit lelah setiap kali nak berinovasi dan selepas selesai berinovasi..
tp x mengapa, sebab "i do love my job very much"~


 
okeh, tarikh keramat HARI INOVASI MAJLIS DAERAH BERA 2013 ditetapkan
pada 20 FEBRUARI 2013~

 
meh cni, aku kongsikan saat2 kesesakan nafas, kesesakan otak bermula.....

18 FEB. 2013 (ISNIN)
- aku bulatkan hati nak jd fasilitator sahaja.. so, aku pun duk diam2 tanpa bertanya apa2 kpd ahli kump. dgn harapan akan ada yg bertanya.... namun, ku harap hanya sejam dua.. rupanya sampai ke malam tiada khabar berita....... aku?? mula gelabah dan hilang punca...

19 FEB. 2013 (SELASA)
- jam 4 pagi (d waktu ayam jantan pun masih bermimpi lg)... aku bangun dan capai guideline yg dberi... satu2 aku kaji.. okeh, mood nak bertindak tiba2 menguasai diri... selepas solat subuh, satu kerdipan d mentol lampu berkelip2 menandakan roh idea mula memancarkan cahaya pagi... (huh, gilak ke apa)..

drpd Aisyah r.ha., Rasulullah s.a.w bersabda:
"berusahalah mencari rezeki dan keperluan hidup pd waktu pagi-pagi lagi, maka sesungguhnya waktu pagi itu BERKAT KEJAYAAN."

- sampai opis.. aku call ketua kump.. bagitau apa aku nak.. sila standby ngan anak2 buah petang ni jgak.. kalo x datang, mmg sorang2 aku sembelih.. (aku x main2, mood kezaliman mmg sedang datang)...

- aku siap2 inform kat bos, kat kawan2 unit yg hari ni, aku off sampai ptg.. walaupun ada d dpan mata mereka, bwat2 je x nampak apa2.. (owhh, itu kembar mea tu.. mea cuti hari ini.. ) dan sememangnya unit aku mmg terbaek..
tanpa sebarang gangguan, aku mula bwat kerja dgn penuh misi untuk mengisi board d hari inovasi...
alhamdulillah, bantuan Allah mmg x putus2 dberikan bwat diriku yg lemah lg hina ni..
- inhaler?? ntah bper kali aku sedut pam inhaler tu.. sebab apa? sebab sesak nafas menyiapkan sume kerja sebelum jam 5 petang.. nasib baik nyawa masih panjang.. alhamdulillah.. giler kerja ni.. bekerja tanpa henti..~

- aku pun nak ucapkan tima kasih bwat kump. sixmia yg datang bantu untuk setupkan bahagian tampalan d board petang tu.. melampau lah kalo aku sorang2 plak nak tampal menampal kat board tu.. mau aku bwat drama tampar menampar je karang.... huh~



 

20 FEB. 2013 (RABU)
HARI KEJADIAN
HARI INOVASI MAJLIS DAERAH BERA 2013
okeh, jadual aturcara mmg padat.. dari jam 8 pagi sehingga la ke jam 7 petang..
dimulakan dengan ketibaan kakitangan dan jemputan sehinggalah majlis bersurai.. huhuhu~

keadaan d tempat kejadian sblum majlis bermula~

keadaan d tempat kejadian setelah majlis bermula~

 
hari inovasi ini dimantapkan lagi dengan CERAMAH dr pihak SPRM PAHANG..
okeh, pagi2 lagi kami telah dbrainwash kn oleh pihak SPRM ttg apa itu RASUAH? SUAPAN n HADIAH.... byk info, maklumat serta ilmu dan kesedaran yg dberi~ kalo jenis yg mmg hati keras, mmg x jalan ceramah2 mcm gini.. (pikir2 la sdri ye~)



memetik kata2 penceramah.. "SEANDAINYA TUAN/PUAN TIDAK BERADA D TEMPAT, D JAWATAN TUAN/PUAN SKRG INI... ADAKAH PIHAK2 TERSEBUT AKAN MEMBERI HADIAH ATAU APA2 BARANG SEKALIPUN KPD TUAN/ PUAN???"
so, bila dpikirkan.. sememangnya jawapan adalah "TIDAK"...! ye lah, logiklah, sah2 kalo aku jadi penoreh getah konon la.. pastu x kan la si Maju Membina Holding yg bisnesnya berkenaan bangunan juta-juta tiba2 nak bg aku limau menjelang hari raya??? compius kan.. lainla cter kalo aku mmg kawan baik, sedara mara dgn bos maju mebina tu kan... so..? ketuk dahi, lu pikirlah sendiri~


setelah hampir sejam setengah ceramah dberi.. majlis dteruskan lg dgn nyanyian lagu negaraku.. negeri pahang.. dan lagu inovasi.. (sah2 hari inovasi kan...........)

jangan main2, mdb pun ada pasukan koir tau~

menyanyi ke berzanji..? tangan d telinga tu... nyanyian sepenuh jiwa raga~


majlis diteruskan lagu dengan ucapan dari Dato' Yang Dipertua Majlis Daerah Bera...

sila senyap, sebab bos besar sedang berucap~


penyampaian anugerah2 inovasi...antaranya, award bg kakitangan yg telah lama berkhidmat.. award bg kakitangan yang x pernah mc..(berkemungkinan besar utk aku dpt anugerah ini, mungkin TIDAK SAMA SEKALI.... nama pun penghidap asthma.. sah2 la selalu lelah.. bila lelah kena la mc..huhu~) dan 2, 3 jenis award la lagi..(aku pun da x ingat..)

antara penerima anugerah~

beliau menerima penghargaan dgn senyuman yg berseri-seri~

ini cerita dalam dewan.. kat luar dewan sdg berlangsung penilaian dr panel juri... okeh, mesti sume x sabo2 nak tgk hasil kerja last minit mea al zaid kan??kan.. mengaku je la, x payah malu2~ (sila muntah beramai-ramai... hahaha...!)

sebelum tu... moh kita singgah ke booth pihak SPRM..>>>
3 d tengah sahaja, kiri kanan bukan org SPRM.. huhu~

dipaparkan d antara bbrpa kumpulan yg bertanding... wajah2 yg sedang bertungkus lumus mengambil hati para juri.... aku terkecuali.. sebab last2 minit aku sms ahli kump.. swuh dia ganti.. alasan aku "en.. sila gantikan saya utk pameran esok.. sebab saya da penat sangat..." (huhu.. tp pas da siap dgn juri, aku plak yg kena jaga pameran... huh... mmg sgt cemerlang!)
jom.. kita tgk wajah2 kawan kita semasa sesi penilaian panel juri>>>

kelihatan kak shidah sedang meyakinkan para juri~

al-fadhil en. motai sedang berdoa dlm hati.. huhu~

ik azwa meluahkan perasaan kpd para juri~

en. rofeli dgn pagar buluh2 nya~

ini mmg dasyat, ala2 salam highway bertingkat~
en azman n k.zura sedang bercerita~

inilah booth kump. aku.. dan 2 org yg aku paksa, hahaha~

SIXMIA sedang menabur ayat manis bwat para juri~


okeh, apa nama kump. aku? kumpulan SIXMIA... haha~ sume org pun ckp yg aku sengaja je letak MIA kat belakang tu.. padahal tidak sama sekali pd awal kejadian bermula.. asalnya aku bukanlah fasilitator bg grup k.i.k ini.. sekaligus aku mmg x de pengaruh lgsung nak p letak MIA kat nama grup tu.. kiranya aku ni bidan terjun la.. bila fasilitator bg grup SIXMIA tu da tarik diri, mungkin disebabkn MIA tu.. ibarat sumpahan la.. so, x pasal2... aku yg kena lantik jd fasi bg grup tersebut...

dan sampai skrg... da masuk 2 tahun dan da bwat 2 projek pun.. aku sama sekali x kan tukar nama grup tu... huhu~
secara peribadi... aku mmg sayang kump. aku.. hahahahahaha~ gila x sayang? aku bg komitmen, idea, tenaga dgn lelahnye tau x.. da la ahli aku sumenya staff taman dan lanskap.. xde kena mengena dgn aku langsung.. pastu kepala otak ni la yg duk dkerah utk pikirkan, imaginekan benda2 yg x de hubungkait dgn pekerjaan harian aku.. tp bg aku, ini semua ilmu... ya, ilmu~ sok2, jgn tekejut plak kalo aku tau mcm mana nak tebang pokok... ye, tebang pokok tebu....!
firman Allah s.w.t dalam surah Taha, ayat 114: maksudnya:
dan katakanlah, "Wahai Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan."
 

 
okeh, cter banyak.. aku tahu, korang pun x nak...
jom selesaikan pertandingan pameran inovasi ini.. keputusannya>>>>

inilah grup yg berjaya MENAWAN hati para juri.. KOME JUARA~

10 SEN, ini tuan rumah aku.. dinobatkan NAIB JUARA~
hahahahaha... ini ketua kump. aku... SIXMIA NO. 3!!
sekurang-kurangnya, berbaloi la pengorbananku.. baca guideline pukul 4 pagi tu~


 
habis je sesi award2 ni, bermulalah lawatan para jemputan ke pameran inovasi..
time ni lah, aku plak yg kena jaga booth.. yg jaga pagi td, 2-2 da benti berehat.. so, cter banyak x mo.. jom layan gambar2 lawatan pameran inovasi ini.. let's check it out>>
inilah booth grup SIXMIA.. aku nye idea bertemakan "colour blocking"
habis kulit fail unit aku, aku korbankan... mmg ceria la.. mentang2 la aku ada 2 anak kecik, so..
anda paham2 la.. idea dr ummi anas amni.. kahkahkah~

inilah produk dr grup SIXMIA.. "KIUB KAYU HIASAN".. ada 2 jenis, bau wangi dan tanpa bau..
okeh, yg ala2 kerja seni sekolah rendah tu pun aku yg bwat..

tarikan utama d booth grup aku adalah pd 'daun penghalau hantu'..
bukannya produk.. ishkk2~

hhmmmm... no komen~


selesai je sesi lawat melawat pameran..
majlis dteruskan lg dgn "Pelancaran Kaunter Bergerak Majlis Daerah Bera"...
manyak bagus..!!~

sesi memotong motong riben pelancaran~

mari test drive~

gambar d pandangan sisi kaunter bergerak MDB~


setelah selesainya pelancaran kaunter tersebut maka selesai la hari inovasi di sebelah pagi.. jam da hampir 12 tengahari.. apa lg.. makan time la.. nanti sebelah petang ada perlawanan persahabatan dgn pihak SPRM plak..
so, stop pkul 1 sambung pukul 5... hohohooo... sebelum tu..
inilah wajah-wajah inovasi kakitangan MAJLIS DAERAH BERA~

wajah2 yg terpilih... hahahahaha~




acara diteruskan lagi pada sebelah petangnya..
perlawanan persahabatan antara majlis daerah bera dan pihak SPRM..
antara game2 yg disahabatkan adalah badminton, dart dan carrom.. maaplah.. gambo x dapat dah aku nak upload masuk... dekat dua jam aku tggu, x upload2 gak.. last2 aku pun putus asa nak upload gambo da.. ishk2x.... (mungkin sebab aku x p turut serta kot.. hahahaha)


okeylah.. maka dengan ini, berakhirlah
HARI INOVASI MAJLIS DAERAH BERA bg TAHUN 2013..

apa yg boleh aku simpulkan adalah... "majlis mmg berjaya lah".. "TAHNIAH!!"
n tahniah to SIXMIA too, sebab dapat tempat ke-3... kuikuikui..~

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



muka aku yg keletihan~
esoknya (21 - 22.02.2013) trus p kursus audit ms iso 9001:2008 plak..
ambik, padan muka aku~
satu mggu yang jem.. mmg jem kepala otak aku... isnin pastu, terus lelah..
2 hari aku tpaksa cuti~ (so, twun ni jgn mimpi nk dpt award bebas mc.. hahahaha~)



drpd Aisyah r.ha., Rasulullah s.a.w bersabda:
"bahawa Allah mencintai seseorang yang apabila ia melakukan sesuatu kerja,
ia laksanakan dengan cemerlang."

Rasulullah s.a.w bersabda:
"sebaik-baik manusia adalah orang-orang yang bermanfaat kepada orang lain."
(Riwayat at-Tabarani)


 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
~Namun Jika Nafas Telah Sesak Di Kerongkong..
Disertai Dengan Bunyi Sakaratulmaut Di Dada..
Pada Ketika Itu, Kamu Pasti Meyakini Dengan Sebenarnya..
BAHAWA SELAMA INI KAMU HIDUP DALAM KEADAAN TERPEDAYA~



~wassalam~




Tiada ulasan:

Catat Ulasan