Khamis, 28 Mac 2013

SALAM JUMAAT.. JUMAAT..JUMAAT~

assalammualaikum w.b.t~


Imam Al-Ghazzali berkata,
bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.
pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaat lah terjadinya kiamat."

 
so, terimalah puisi yg aku cipta buat hari jumaat tercinta:

JUMAAT.. JUMAAT.. JUMAAT..
SUNGGUH MULIANYA HARI ITU,
PENUH BARAKAH DARI ALLAH YANG SATU~

JUMAAT.. JUMAAT.. JUMAAT..
penghulu bagi hari isnin, selasa, rabu, khamis, sabtu & ahad..

JUMAAT.. JUMAAT.. JUMAAT..
hari mu dinanti dengan penuh rindu..

JUMAAT.. JUMAAT.. JUMAAT..
setiap minggu kita bersua..
satu hari dalam seminggu..
selagi nafas masih bersatu..

JUMAAT.. JUMAAT.. JUMAAT..
jumaat, kau selalu aku tunggu..
sungguh aku gembira bila bertemu..
mesti la gembira, sebab esoknya hari sabtu..
owhh, sungguh aku gembira.. x sabarnya aku...
JUMAAT.. JUMAAT.. JUMAAT..
hari ni.. redup-redup jumaat..
dipayungi dengan awan-awan yang berzikir lebih dari selalu..
semestinya itulah tanda ada keberkatan disitu..

MOH KITA PERBANYAKKAN SELAWAT & BERZIKIR TANPA JEMU..
MOH KITA PERBANYAKKAN AMALAN SUNNAH NABI s.a.w YG KITA RINDU..
~mea al-zaid~


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Dan perumpamaan orang yang datang terlebih dahulu (ke Masjid pada hari Jumaat) bagaikan orang yang sedekah unta, kemudian bagaikan yang sedekah lembu,
kemudian bagaikan sedekah kambing, kemudian bagaikan sedekah ayam,
kemudian bagaikan sedekah telur"
(Riwayat Bukhari & Muslim)

 
"Sesiapa yang berwuduk pada hari Jumaat maka menyempurnakan wuduknya
kemudian pergi kemasjid untuk solat Jumaat dan mendengarkan khutbah dan memperhatikannya, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang terjadi
antara Jumaat itu dengan Jumaat yang sebelumnya"
(Riwayat Muslim &  Ahmad)


"Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu diantara duduk imam antara dua
khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat"
 (Riwayat Bukhari & Muslim)




sekali lagi, aku ucapkan "SALAM JUMAAT"
semoga hari-hari aku dalam keadaan baik dan
begitulah jugak hari-hari deme2 semua~


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
~Namun Jika Nafas Telah Sesak Di Kerongkong..
Disertai Dengan Bunyi Sakaratulmaut Di Dada..
Pada Ketika Itu, Kamu Pasti Meyakini Dengan Sebenarnya..
BAHAWA SELAMA INI KAMU HIDUP DALAM KEADAAN TERPEDAYA~

~wassalam~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan