Khamis, 28 Mac 2013

SALAM JUMAAT.. JUMAAT..JUMAAT~

assalammualaikum w.b.t~


Imam Al-Ghazzali berkata,
bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.
pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaat lah terjadinya kiamat."

 
so, terimalah puisi yg aku cipta buat hari jumaat tercinta:

JUMAAT.. JUMAAT.. JUMAAT..
SUNGGUH MULIANYA HARI ITU,
PENUH BARAKAH DARI ALLAH YANG SATU~

JUMAAT.. JUMAAT.. JUMAAT..
penghulu bagi hari isnin, selasa, rabu, khamis, sabtu & ahad..

JUMAAT.. JUMAAT.. JUMAAT..
hari mu dinanti dengan penuh rindu..

JUMAAT.. JUMAAT.. JUMAAT..
setiap minggu kita bersua..
satu hari dalam seminggu..
selagi nafas masih bersatu..

JUMAAT.. JUMAAT.. JUMAAT..
jumaat, kau selalu aku tunggu..
sungguh aku gembira bila bertemu..
mesti la gembira, sebab esoknya hari sabtu..
owhh, sungguh aku gembira.. x sabarnya aku...
JUMAAT.. JUMAAT.. JUMAAT..
hari ni.. redup-redup jumaat..
dipayungi dengan awan-awan yang berzikir lebih dari selalu..
semestinya itulah tanda ada keberkatan disitu..

MOH KITA PERBANYAKKAN SELAWAT & BERZIKIR TANPA JEMU..
MOH KITA PERBANYAKKAN AMALAN SUNNAH NABI s.a.w YG KITA RINDU..
~mea al-zaid~


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Dan perumpamaan orang yang datang terlebih dahulu (ke Masjid pada hari Jumaat) bagaikan orang yang sedekah unta, kemudian bagaikan yang sedekah lembu,
kemudian bagaikan sedekah kambing, kemudian bagaikan sedekah ayam,
kemudian bagaikan sedekah telur"
(Riwayat Bukhari & Muslim)

 
"Sesiapa yang berwuduk pada hari Jumaat maka menyempurnakan wuduknya
kemudian pergi kemasjid untuk solat Jumaat dan mendengarkan khutbah dan memperhatikannya, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang terjadi
antara Jumaat itu dengan Jumaat yang sebelumnya"
(Riwayat Muslim &  Ahmad)


"Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu diantara duduk imam antara dua
khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat"
 (Riwayat Bukhari & Muslim)




sekali lagi, aku ucapkan "SALAM JUMAAT"
semoga hari-hari aku dalam keadaan baik dan
begitulah jugak hari-hari deme2 semua~


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
~Namun Jika Nafas Telah Sesak Di Kerongkong..
Disertai Dengan Bunyi Sakaratulmaut Di Dada..
Pada Ketika Itu, Kamu Pasti Meyakini Dengan Sebenarnya..
BAHAWA SELAMA INI KAMU HIDUP DALAM KEADAAN TERPEDAYA~

~wassalam~

Rabu, 27 Mac 2013

ini cerita buat ayah~

assalammualaikum w.b.t~
 
 ~ABI~ABAH~AYAH~PAPA~BAPAK~ABUGI~DLL~
 
td, entry aku cter pasal "ibu.. kau disayangi kerna menyayangi~"
aku rasa x adil bg diri aku sdri.. sekiranya aku hanya post entry ttg ibu..
kalo ada ibu, mesti la ada bapaknya..
jadik, entry kali ni, ditujukan khas buat bapak2 semua..

aku  menemui satu artikel ini dan ingin aku berkongsi dengan semua.
sebuah artikel mengenai keistimewaan seorang ayah.
aku pasti, semua orang mempunyai ayah bukan?
samada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia.
 
ayah mahupun ibu tiada pengganti,
sesaat kita dilahirkan,
mereka berdua lah AYAH & IBU kita
 
 
ini mohd hashim talib.. ini abah aku.. dan aku sayang abah aku..
bwat abah, terima kasih atas segalanya.. tiada wang ringgit, harta benda utk aku berikan..
hanya yg mampu aku berikan cuma secebis doa bwat abah
d setiap sujud ku pd Pencipta kita semua~
 
ini ramli teh.. ini ayah mertuaku a.k.a ayah suamiku..
semoga beliau kembali sihat dan berada dlm keadaan sihat seperti selalu..
dan aku sayang ayah mertua aku jgak~
 
 
sahabat sekalian,
mari hayati cerita ini...............
 
Pada suatu ketika, ada seorang anak kepada seorang wanita bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut dengan badannya yang mulai terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya. 
 
Anak wanita itu bertanya kepada ayahnya:
'‘Ayah, mengapakah wajah ayah semakin berkerut dan
badan ayah makin hari makin terbongkok?’'
 
Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang santai di beranda.
 
Ayahnya menjawab : "SEBAB AKU LELAKI"
 
Hanya perkataan itu yang diungkapkan dari mulut ayahnya.
Anak wanita itu seolah tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh ayahnya
lalu berkata, '‘aku tidak mengerti'’..
 
Ayah hanya tersenyum lalu dibelainya rambut anak wanita itu dan terus menepuk-nepuk bahunya dan kemudian ayahnya berkata,
‘'anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki’'
 
Anak wanita itu bertambah bingung.
Kemudian anak wanita itu menghampiri ibunya pula lalu bertanya,
‘'ibu, mengapa wajah ayah semakin berkerut dan badannya semakin hari semakin terbongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?’'
 
Lalu ibunya menjawab,
‘'anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarganya memang keadaannya sedemikian’'
 
Sehinggalah anak wanita itu meningkat dewasa tetapi dia masih mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat tinggi mengenai persoalannya sebelum ini.
 
Hingga pada suatu malam, anak wanita itu bermimpi. Di dalam mimpi itu, seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata satu rangkaian kalimat sebagai jawapan kepada persoalannya sebelum ini.
‘Saat ku ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia sentiasa akan menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan dilindungi.’
 
‘Ku ciptakan bahunya yang kekar dan berotot untuk membanting tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya.’
 
‘Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya.’
 
‘Ku berikan keperkasaan dan mental yang kuat yang akan membuat dirinya pantang menyerah,demi keluarganya, dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya basah kuyup kedinginan kerana tersiram hujan dan hembusan angin, dia relakan tenaga perkasanya dikerah demi keluarganya dan yang selalu dia ingat, adalah di saat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih payahnya.’
 
‘Ku berikan kesabaran dan ketekunan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun di setiap perjalanan hidupnya, keletihan dan kesakitan kerap kali menyerangnya.’
 
‘Ku berikan perasaan keras dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, di dalam situasi apa jua sekalipun, walau anak-anaknya jarang melukai perasaan dan hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman dan saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang membuatkan dia berasa nyaman bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu menyayangi dan mengasihi sesama saudara.’
 
‘Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan padanya dan menyedarkan bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang sentiasa menemani dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isterinya agar tetap berdiri, bertahan dan saling melengkapi serta saling menyayangi.’
 
‘Ku berikan kerutan di wajahnya agar menjadi bukti bahawa lelaki itu sentiasa berusaha sekuat daya fikirannya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya boleh hidup di dalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan bahawa sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, sentiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya demi kehidupan keluarganya.’
 
‘Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga agar dapat digunakan sebaik-baiknya dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat.’
 
Terbangun anak wanita itu dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa sehingga menjelang subuh.
Setelah itu dia menghampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, dan ketika ayahnya berdiri, anak wanita itu mencium telapak tangan ayahnya sambil berkata
‘AKU MENDENGAR DAN MERASA BEBANMU AYAH"
 
Mari kita kembali mengingati segala perngorbanan ayah kita yang tidak pernah meninggalkan kita sejak kita dilahirkan hinggalah kita meningkat dewasa.
Terlalu banyak pengorbanan yang mereka lakukan samada kita tahu dan di luar pengetahuan kita.
 
Kita sebagai anak, jangan sesekali membenci ayah kita, jangan sesekali menderhakanya padanya, jangan sesekali melukakan hatinya.
 
Jika anda merasakan ayah anda selalu mengongkong anda, ingatlah, satu hari nanti kaum adam yang sedang meningkat remaja ini juga akan menjadi seorang ayah. Mereka juga akan memikul tanggungjawab sebagaimana yang ayah mereka tanggung sebelum ini.
 
Andai kata kita seorang ayah, 
mahukah kita melihat anak gadis kita disentuh lelaki yg bukan muhrim??
Mahukah kita melihat anak gadis kita berpeleseran di jalanan dan mahukah kita melihat anak kita menjadi seorang manusia yang tidak berguna pada masa akan datang??
jika tidak mahu...............

HARGAI PENGORBANAN AYAH ANDA,
SAYANGI AYAH ANDA SEPENUH HATI DAN
DOAKAN MEREKA SAMADA KETIKA
MEREKA MASIH HIDUP ATAU YG
TELAH MENINGGAL DUNIA..
SESUNGGUHNYA,
MEREKA MENGHARAPKAN
DOA DARI SEORANG ANAK YG SOLEH....

**dikongsi dr Rahadatul aisy
 
 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
~Namun Jika Nafas Telah Sesak Di Kerongkong..
Disertai Dengan Bunyi Sakaratulmaut Di Dada..
Pada Ketika Itu, Kamu Pasti Meyakini Dengan Sebenarnya..
BAHAWA SELAMA INI KAMU HIDUP DALAM KEADAAN TERPEDAYA~

~wassalam~

ibu.. kau disayangi kerna menyayangi~

assalammualaikum w.b.t.,
salam sejahtera dan salam semalaysia~


entry kali ini, aku tujukan khas buat wanita2 d luar sana yg bergelar
"ibu, mak, ummi, mummy, mama, dan lain2 gelaran yg seangkatan dengannya"..
 
aku? anas amni panggil aku ummi.. dan aku BAHAGIA dgn gelaran itu.. tq, Allah..


~IBU.. KAU DISAYANGI KERNA MENYAYANGI~


ini mak aku.. NORAZILINA MAHMUD.. cun kan.. mcm aku..
(hohohoho~ muntah2, sila muntah.. aku x kisah)

ini mak suamiku a.k.a mak mertuaku..
SYURGA suamiku bawah telapak kaki mak beliau..
SYURGA aku plak bawah telapak kaki suamiku..
 
 
 
"IBUMU MASIH HIDUP?"
 
pernah seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata:
"aku datang membai'atmu untuk hijrah dan
meninggalkan kedua orang tuaku menangisi (kepergianku)."
 
 
maka apa Rasulullah jawab?
sabda Nabi s.a.w,
"pulanglah dan buatlah mereka tertawa
sebagaimana kamu telah membuat mereka menangis."
(HR Abu Dawuud )
 
 

dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari,
disebutkan bahawa ketika sahabat Abdullah bin Umar Radiyallahu 'anhuma melihat seseorang menggendong ibunya tawaf di Ka'bah dan ke mana-mana sahaja si ibu itu menginginkan, orang tersebut bertanya kepadanya,
"wahai Abdullah bin Umar, dengan perbuatanku ini apakah aku sudah membalas jasa ibuku?"
 
Jawab Abdullah bin Umar,
"belum, setitis pun engkau belum dapat membalas kebaikan kedua orang tuamu."

 
"NAMUN, JIKA IBUMU SUDAH TIADA?"
 
jadilah anak yang soleh dan solehah.
kerana doa dan amal perbuatan anak-anak yang sebeginilah menyamankan ibu di sana. mungkin kita selalu buat ibu bersedih di dunia dan tak sempat balas jasa...
 
perbuatan yg soleh, doa yg sentiasa, Al-Quran yang bersama-sama..
itulah yang menjadi bekal berterusan kepada ibumu
sebagai cara membalas jasa ibu.
 
**************************************************************************************************
 
~NORAZILINA MAHMUD..
I'M U'R BIG GIRL FOREVER~ 

 
JASA IBU SEPANJANG MASA..
JASA KITA?
HANYA SETINGGI GALAH SAHAJA~
 
 
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
~Namun Jika Nafas Telah Sesak Di Kerongkong..
Disertai Dengan Bunyi Sakaratulmaut Di Dada..
Pada Ketika Itu, Kamu Pasti Meyakini Dengan Sebenarnya..
BAHAWA SELAMA INI KAMU HIDUP DALAM KEADAAN TERPEDAYA~

 
~wassalam~

Isnin, 25 Mac 2013

aku suka hero & film tamil.. so?? (versi mea al-zaid)

assalammualaikum & salam sejahtera..
 
vanakkam... (sila lembutkan lidah2 anda)



okeh, sebelum ni aku ada post entry ni dlm blog lama dulu.. 
dan entry yg ini lebih kurang sama dan ada sket2 yg aku tambah..
so, mari baca lg sekali bersama diriku yg fanatik x hengat pada filem2 tamil ini..
ini kali entry manyak serious woooo~

okeh, sebelum aku teruskan.. utk tahun 2013 ni..
ada satu cter hebat aku nak share... serious hebat ni..
kenapa hebat? tidak pula habat..?? hohoho~
hebat la, kalo aku sendiri da tengok sampai lebih dr 10 kali..!
 
actually, aku dan suami serta anas amni sgt gembira tonton film ini..
 
al-kisahnya, on channel astro1, pastu tba2 ada film tamil baru..
title dia "ALEX PANDIAN"..
gempak tu, title ala2 mat salleh u... apa lagi, setelah dpersetujui, aku pun beli la dgn harga rm15, dapat tgk 48 jam tanpa henti.. ya, 48 jam tanpa henti.. berbaloi baloi dgn 15 hengget aku.. itu pun cukup bulan baru aku bayo..
 
serius, kawan2... kalo cter bab dunia.. mmg korang x rugi menontonnya..
(bab akhirat tu, paham2 sdri la ye).. istigfar.. istigfar sebentar~
 
alex pandian.. salah satu filem yg brilliant yg pernah aku tonton..
ye, sepanjang 27 tahun aku hidup.. dasyat...!
actor da la hensem, actress mmg cun habis.. pelawak, x yah cter...
 
skill? action??? huh, itu, lagi la x payah cter..
aku bagi gred AAAAAAAAAAA, amik ko..!
pendek cter la... aku suka.. husben aku suka.. anak aku pun suka.. tamat~

tengok... penuh dgn api.. kalo da api besar..
maksudnya action dia memang besarrr..!!

mana nak jumpa si alex pandian ni.. pistol kiri kanan, tp berkain pelekat~ mmg stylo habes..!


aku ada rahsia yg nak dkongsi dgn anda2..
kenapa aku begitu suka dan sangat memahami cerita2 tamil sekaligus menjadi kegilaan kpd ini semua..

satu masa dulu2.. mmg kami berdua suka sangat dok lepak cinema... 
maka dgn itu, penuhlah tiket2 wayang yg aku bwat koleksi gitew~ 

dalam2 byk tiket wayang, ada sepasang tket yg aku teramatla sayang..
sayang? kenapa? mengapa? adakah apa2 d sebaliknya? (rasa ingin tahu??)

film KUSELAN..
filem ni aku dan husben nonton d panggung wayang tau~
sila kagum dgn kami.. dis is oosem!



ok, film 'KUSELAN' d atas adalh film tamil yg pertama aku dan hasben nonton d cinema.. mmg kami teringin sangat nak tgk si rajnikanth ni.. ahh, kagum la~

jadi, kenapa tiket film kuselan ini menjadi tiket feveret aku?
biar ku bongkarkan rahsianya... tadaa...............:

>> dis is d 1st movie yg hanya kami berdua sahaja berbangsa melayu..
panggung penuh dengan bangsa india.. (fanatik sivagi deyy..!)
>> lebih dr 3 couple india, memuji kami.. very d supporting film tamil.. (ammmakk~)
>> actually, tgh duk layan tiba2... sarikata tdak ditontonkan.. (yenna dey?)

dan moment yg paling menyentuh hatiku yg gemok ini, bila.........
>> aku dengar bunyi sob..sob.. tepi telinga.. ohmakkau..! husbenku MENANGIS..! ye, beliau menitiskan air mata jantan.. ye, aku x tipu.. ye, mmg dasyat penangan filem ni.. dalam dok x bper nak paham pun boleh meruntunkan jiwa lelaki maskulin~ ahaks2.... (abi yed, sila jgn malu2 or deny k.. dis is true..)

so, sekaligus mengangkat darjat tiket film tersebut utk dijadikan tiket film feveret~

sekarang, mmg aku dan hasben da x pergi masuk cinema da.. sebab bnyk la alasan yg teguh utk menidakkan kami kembali menonton d sana..

jadik, duk je kat umah, on je la astro.. feveret channel d hari mggu dan malam hari tertentu sudah semestinya channel 201 dan 202 lah.. kah..kah..kah... (cer tuko chanel tu)

anda2 jgn main2 ya, anas malik suka nonton film tamil tau.. dia lg mcm faham je, siap gelak2 lg.. (aku pelik gak kekadang tu).. tp ini bukan satu keraguan sebab masa preggy kat beliau, mmg kami berdua dok nonton film tamil sampai ke pagi buta.. kawan2, pkul 2 pagi, cter yg ditayangkan lebih menarik tau...!


okeh, ada sebab mengapa KAMI SUKA FILEM TAMIL~

>>D SOUND EFFECT BABEH...!
gila best bunyi dia bagik.. mmg clear lah..! dush..! dush..! sound effect mmg menusuk hati lah, mmg feel gitu~


>>LETUP SANA, LETUP SINI.. KABOOM...!!!!!
gila x meletop? kalo x meletoppp, bukan filem tamil namanya.. huahuahua~
(ini xde kena mengena dgn siri meletoppp hos by neelopa n nabel ye).. sungguh bak pipit dan rajawali~
>>AKSI BAK SUPERHERO....!
gila sekali dia bergaduh, bertumbuk mmg dasyatttt... kalah kl gengster ma.. ini atok segala gengster punya action.. da kena pukul kaw2 pun si hero masih bole senyum sinis lg.. siap x bole blah, bila tiba2 ada ala2 aura kuar gitu.. belum masuk kena tumbuk skali, mangsa trus terbang..! kah..kah..kah.. dey, ini mmg hebat!!


>>TERBANG MENERBANG...!
gila la kalo sekali bg dushhh (penumbuk) !!! mangsa terus terbang bak gagak kena lastik.. hahaha~ power kan.. power kan.. amik ko, rasakan penumbuk terbang aku.. dushhh!!! dushhh!!!


>>STRAIGHT TO D POINT~
okeh ini x gila, beza citer tamil ngn citer bangsa lain adalah, kebanyakan film tamil mmg x meleret.. lagu pun x de la banyak sangat.. aksi tu yang penting.. byk film tamil yg dgarap dgn baik.. mmg aku bagi star star star mall lah..!!

>>LAKONAN YG MMG BERKESAN...!
gila ahhh, kalo part sedeh..mmg sedehh dol.. tangkap jiwa tau.. kalo lawak plak, hambek ko.. sampai nak muntah aku gelak.. kalo ganas, mmg ganas habis tahap.. kiranya mmg power la deyy..!

>>JUJUR & BERANI...
gila kentang btol, aku dpt rasakan bahawa pembikin film tamil ini agak berani dan jujur.. sebab apa? sebab film yg dgarap mostly adalah situasi sebenar yg dilalui.. x caya, tgk betapa beraninya dey'all mmperbodohkan encik p**is dlm film mereka.. segala ketua m**teri pun tercalit sama.. so? bukankah itu keadaan sebenar yg dhadapi mereka? d way diaorg ekspress apa yg diaorg rasa.. mmg jujur sejujurnya~

cer tgk gaya dia.. mmg agak mengecikkn hati cik po**s kan?

>>HERO SEMAKIN KACAK.. ehem..ehem....
gila la, kalo x kacak.. aku pun x nak tengok.. selection hero mengikut jalan cerita x pernah x kena.. mmg matching belaka... penampilan hero2 yg semakin kacak juga antara penarik yg menguatkan lg filem2 mereka.. so, aku pun ada pilihan2 hero.. maksudnya, kalo hero2 ini yg berlakon, mmg akan terus ku tercangak dpn tv kurus ku itu... huhuhuhuhu... (seriously, semakin hari.. hero semakin tampan menampan hati ku ini.. hakhaktuiii~)

 
so.... x percaya betapa sexy dan tampannya mereka? mari kita tengok hero2 saya~

1.. d legend>>>>>>>>>>>>>>
 
dis is d legend "RAJNIKANTH"... okey, pakcik ni mmg x bper kacak.. tp beliau mmg sgt2 berkarisma dalm setiap lakonan beliau.. okeh, antara film yg aku dok tonton berulang kali tanpa rasa jemu...."chandramukhi.. sivagi d boss.. kuselan.. padayyappa"
senang ckp, pakcik ni mmg ada gaya, mutu dan keunggulan lah!


2.. bakal legend>>>>>>>>



nama beliau "AJITH KUMAR".. cter pertama yg aku tonton sekaligus bwat jatuh mata pd beliau adalah "RED"... beliau ada ciri2 nak jadi legend mcm master kat atas tu.. sebab apa? sebab beliau mmg awesome ma... wajah? x payah nak ragu2, mapaley ni mmg kacak.. hahahaha~ kalo anda2 tonton BILLA II, mmg anda2 bole gila sebntar~
 

3.. bole jd legend>>>>>>>>>



so, ini "VIKRAM".. beliau ni kalo belakon, mmg dasyat.. da mcm2 aksi beliau boleh carry dgn hebat.. kalo polish lagi, mmg bole jg legend la... cter yg paling berkesan aku tgk sampai skrg pun duk tgk lg.. hahahaha, x bosan makcik dgn beliau ni.. "KANTASWAMY, RAVANAN".. aku syorkan anda2 tgk "ANNAYAN".. mmg superb, dia belakon mcm2 watak dan sume pun berkesan..! (seriously, aku da tengok lebih dr 5 kali)



4... yang ini boleh jd JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA... hahahahahahaha...!!

dia ni, kalo bwat lawak.. memang tahap aku nak bg penyepak...
sakit otak tengok dia punya lawak.. dey, mmg terbaek...!!!

5... yang ini RAJA LAWAK~
si santhanam ni dilihat bakal menggantikan maharaja lawak di atas nampaknya sebab beliau di atas sudah pun semakin tua.. hahaha~ tp, dia ni pun x mudah jgak.. lawak dia mmg gila.. kecoh seyy dia ni.. dalam kekecohan, ada kemerapuan.. so, i loikee!!


okeh, aku nak listkan bersama hero2 pujaan hati ku ini.. sekaligus memberitahu bahawa sekiranya deme2 ni yg jd hero, engkorang sume x payah dok was was samada filem tersebut best atau tdak.. aku bagi jaminan 100%, x kan menyesal punye la!!
makcik santa berani tutup tv tau~

moh kita check>>>

1. karthi si alex pandian

ini karthi.. hero terbaru aku.. hahaha..!! gila hansem kan.. well, aku mmg lemah dgn lelaki yang memang bermuka lelaki ni.. dengan jambang dan berkacamata rayban, owhhh.. mmg standart lelaki idaman ku.. huhu (sebab tu aku fall in love dgn abi yed.. berjanggut berjambang dan berkacamata rayban itu pojaanku)
ini baru bad boy.. bad boy...lala..lala..la.. (utk makluman, ini title bg lagu tema alex pandian)


2. surya si polis yg hebat
 

surya.. ini hero yg telah lama d hati.. gulpp!! seperti biasa, hero itu mestilah tampak seperti lelaki.. ko jangan sekali2 lupa pakai kacamata k.. baru nampak kacak a.k.a handsome bergaya.. dia ni, balik2 dok belakon jd en. polis.. tp, mmg dia je yg bergaya jdik polis.. asal watak polis, mmg seswai utk dia.. berjambang, berkacamata sekali lagi itu memang pojaanku~


3. jambu ala-ala jeyam ravi


dia ni.. jarang berlakon watak ganas mengganas ni.. banyak belakon watak jiwang jiwang gitu.. jiwang2 pun, bila awek kena ganggu, pukul2 samseng menjadik jgak tu... dan ada satu film dia mmg meninggal kesan kat kepala otak aku.. serius wei, dia nye acting ala-ala si joker  a.k.a mendiang heath ledger tu..! film tu, scene kat malaysia tanah tumpah darah ku~ sekali lagi, actor yg hensem itu perlulah berkacamata dan berjambang jambu~ huahuha..!


akhirnya, hajat aku utk kongsikan aktor tamil feveret dapat disudahkan jugak.. huhhhh~

mmg x dnafikan, keunikan filem2 tamil yang ditayangkan mmg superb..! agak2 kalo pening dgn sound2 yg ddengari, mute je tv.. yg penting ada sarikata.. hahahaha...

bukan aktor, aktres cantik dcari..
tapi filem yg berkualiti..
dpt memberi mesej yg baik dan menyentuh hati..
sumenya lengkap dalam filem tamil yg aku tonton ini..


"abi yed ada janji ngan aku...
satu hari nanti dia nak bawak aku berhoneymoon d india.. hohohoho..."

akan ku tunggu hari itu~
fly to india bersama husbenku~


husben jgn jeles..
aku da nan unnai kathalikaraen sama dia (jatuh cinta..)
hahahahahhaa~ (gilak ke apa...?!)

x tgk cter omputeh, x suka dengar lagu omputeh, x speaking omputeh,
x bermaksud aku x best..!

at least aku tau sket2 bahasa tamil, ko hado??
hahahahahahahahaha........... (apo kono eh??)


deyyy.... mari follow saya,

Senru varukiren... na'anri ~



-wassalam-

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
~Namun Jika Nafas Telah Sesak Di Kerongkong..
Disertai Dengan Bunyi Sakaratulmaut Di Dada..
Pada Ketika Itu, Kamu Pasti Meyakini Dengan Sebenarnya..
BAHAWA SELAMA INI KAMU HIDUP DALAM KEADAAN TERPEDAYA~

 

Khamis, 21 Mac 2013

Rindu Pada Blog Ummigemok Yg Dulu~

assalammualaikum w.b.t.. salam sejahtera~


 
 
owhhh, betapa aku rindu pada blog ummi gemok yg telah aku tutup..
owhhh, betapa aku rindu pada hasil nukilan aku yg terdahulu..
owhhh, betapa aku rindu pada gelak tawa org2 yg baca entry bengong aku itu..
owhhh, betapa aku rindu nak merapu macam dulu..
owhhh, hari ini akan aku post entry2 lama aku..
owhhh, akhirnya akan terubat rindu ku..

 
ya Allah, kadang2 aku terleka.. terlalai di sini sana..
ya Allah, sedarkan aku jika kelekaan ini membuat aku terlena..
ya Allah, berilah aku nikmat gembira dan pahala melalui pena..
biarpun kadang kala penulisan aku ini bakal merapu di sini sana,
moga2 aku masih berada di bawah kawalan CINTA KASIHMU ya Allah,
Sang Pencipta bahagia~
 
 
selamat datang entry2 lama ku..
hari ni kau ku masukkan ke dalam blog baru aku~
 

 
p/s: kadang2, disebalik nukilan merapu juga punya mesej yg berguna~
 
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
~Namun Jika Nafas Telah Sesak Di Kerongkong..
Disertai Dengan Bunyi Sakaratulmaut Di Dada..
Pada Ketika Itu, Kamu Pasti Meyakini Dengan Sebenarnya..
BAHAWA SELAMA INI KAMU HIDUP DALAM KEADAAN TERPEDAYA~

~wassalam~
 

Ahad, 17 Mac 2013

menjana dosa 24 jam melalui internet~

assalammualaikum w.b.t~
 
 
dunia tanpa wayar.. dosa pahala tanpa sedar..
 
teringat pada pesan Rasullullah s.a.w, ketika baginda s.a.w menyampaikan Khutbah Haji Wida’ di Padang Arafah.:
"berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,
maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."
 
 
inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini.
dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita.
 
Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan internet ini menjadi semakin popular.

Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat???...
 
 
jom layan kartun "DOSA INTERNET" yg diilhamkan oleh MFR STUDIO...

Kartun Dakwah#30 : Berhati- hatilah dengan Dosa Sewaktu ber-Internet

apa yang jadi pada akaun laman sosial kita, selepas kita mati?
mari kita renung-renungkan bersama.
jika esoknya kita mati,dan dimana akaun  laman sosial kita ini, hanyalah kita yang tahu password dan hanya kita yang mampu access..
adakah akaun kita sentiasa mengalirkan pahala atau dosa yang berpanjangan.
Wallahualam~

semoga Allah memberi kesedaran buat aku dan kita semua~
 
 
"tengok kawan2..mudahkan berdakwah..."


 
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
~Namun Jika Nafas Telah Sesak Di Kerongkong..
Disertai Dengan Bunyi Sakaratulmaut Di Dada..
Pada Ketika Itu, Kamu Pasti Meyakini Dengan Sebenarnya..
BAHAWA SELAMA INI KAMU HIDUP DALAM KEADAAN TERPEDAYA~

~wassalam~