Ahad, 17 Mac 2013

menjana dosa 24 jam melalui internet~

assalammualaikum w.b.t~
 
 
dunia tanpa wayar.. dosa pahala tanpa sedar..
 
teringat pada pesan Rasullullah s.a.w, ketika baginda s.a.w menyampaikan Khutbah Haji Wida’ di Padang Arafah.:
"berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,
maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."
 
 
inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini.
dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita.
 
Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan internet ini menjadi semakin popular.

Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat???...
 
 
jom layan kartun "DOSA INTERNET" yg diilhamkan oleh MFR STUDIO...

Kartun Dakwah#30 : Berhati- hatilah dengan Dosa Sewaktu ber-Internet

apa yang jadi pada akaun laman sosial kita, selepas kita mati?
mari kita renung-renungkan bersama.
jika esoknya kita mati,dan dimana akaun  laman sosial kita ini, hanyalah kita yang tahu password dan hanya kita yang mampu access..
adakah akaun kita sentiasa mengalirkan pahala atau dosa yang berpanjangan.
Wallahualam~

semoga Allah memberi kesedaran buat aku dan kita semua~
 
 
"tengok kawan2..mudahkan berdakwah..."


 
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
~Namun Jika Nafas Telah Sesak Di Kerongkong..
Disertai Dengan Bunyi Sakaratulmaut Di Dada..
Pada Ketika Itu, Kamu Pasti Meyakini Dengan Sebenarnya..
BAHAWA SELAMA INI KAMU HIDUP DALAM KEADAAN TERPEDAYA~

~wassalam~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan